Sejak petang semalam, kecoh di media sosial serta menjadi bualan hangat di kalangan orang ramai mengenai langkah yang dilakukan sejumlah besar ahli parlimen di Malaysia.

Bermula dengan perjumpaan ahli parlimen mengikut parti, seterusnya majlis makan malam yang turut dihadiri pemimpin daripada Bersatu, UMNO, PAS serta beberapa ahli parlimen PKR seolah memberi bayangan tertubuhnya kerajaan baharu.

photo_2020-10-26_10-59-53
HYPE
Gara-Gara Video Nabila Huda Viral, Ayam Goreng McD Kembali Menjadi Hangat Di Pasaran
Baca lagi →

Teka-teki mengenai masa depan pemimpin dan parti pemerintahan di Malaysia diteruskan sekali lagi pada hari ini apabila Tun Mahathir secara mengejut menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebentar ini. Difahamkan keputusan ini dibuat selepas bertemu dengan presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jabatan Perdana Menteri dilaporkan bakal mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat dalam berkongsi lebih lanjut mengenai masa depan kepimpinan negara.

Kami kongsikan kepada anda berita yang turut menjadi tanda tanya pada orang ramai mengenai majlis makan malam yang diadakan di Hotel Sheraton. 

Sekadar ‘Makan Malam’, Tun Mahathir Buktikan Terima 131 Sokongan Ahli Parlimen

Maya Karin Cabar Anwar Ibrahim Jawab Isu Kontroversi Dalam ‘Hot Ones’

 

Anda Mungkin Suka