Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menerima darjah kebesaran tertinggi Jepun oleh Maharaja Akihito esok. Tahukah anda Tun D.r Mahathir akan menjadi pemimpin ke-3 di Asia yang menerima pingat tersebut selepas presiden Singapura, Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri India, Manmohan Singh.

Tun Dr. Mahatir kini sedang menjalani siri lawatan sambil bekerja kali ke-3 di Jepun. Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris mengesahkan pengurniaan darjah kebesaran pingat Bunga Paulowina atau lebih dikenali sebagai ‘The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’ akan dijalankan di istana esok.

Beliau dan isteri juga dijadualkan untuk makan tengah hari bersama di istana. Perdana Menteri juga dijadualkan untuk bermesyuarat dengan Shizo Abe mengenai rundingan hubungan dua hala dan perbincangan isu kepentingan sama dalam serantau dan antarabangsa. Tahniah Tun Dr. Mahathir.