Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, tersenarai sebagai salah seorang individu paling berpengaruh bagi tahun 2019 dalam senarai “100 Most Influential People” yang dikeluarkan oleh majalah TIME pada setiap tahun.

Pemilihan individu paling berpengaruh ini dinilai melalui pelbagai latar belakang dalam semua bidang seperti politik, ikon muzik, sukan dan filem. Setiap gelaran yang diberikan kepada individu bertuah ini adalah sebagai penghormatan untuk kejayaan dan jasa mereka untuk negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain Tun Mahathir, terdapat beberapa individu yang turut tersenarai sebagai yang paling berpengaruh dalam bidang politik, seperti Presiden Donald Trump, pemimpin China Xi Jinping, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, ahli kongres wanita Amerika Syarikat yang paling muda, Alexandria Ocasio-Cortez dan beberapa ahli politik berpengaruh yang lain.

Manakala dalam bidang muzik dan filem pula, ikon-ikon yang tersenarai adalah Taylor Swift, Lady Gaga, Ariana Grande, Khalid, kumpulan K-Pop BTS, Dwayne Johnson, Sandra Oh, Emilia Clarke, Rami Malek dan banyak lagi.

Bagi ikon dalam bidang sukan pula, TIME telah menyenaraikan beberapa individu yang berpengaruh seperti Tiger Woods, Mohamed Salah, Lebron James, Alex Morgan dan Naomi Osaka.