Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah memperoleh pelbagai pengiktirafan dunia yang sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Terkini dalam senarai majalah Fortune, Tun Mahathir telah dinamakan sebagai Pemimpin Terhebat Dunia (World’s Greatest Leader) pada kedudukan yang ke-47 daripada 50 orang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

majalah fortune vckt

5 individu yang berada di senarai teratas World’s Greatest Leader oleh Fortune adalah Bill dan Melinda Gates (Co-Founders, Gates Foundation), Jacinda Ardem (Perdana Menteri, New Zealand), Robert Mueller (Penasihat Khas, DOJ), Pony Ma (CEO, Tencent) dan Satya Nadella (Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft).

Untuk pengetahuan anda, senarai Fortune ini dipilih berdasarkan pangkat yang hadir di atas keupayaan individu masing-masing yang berani membuat pilihan, mengambil risiko dan menarik orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Tahniah sekali lagi kepada Tun Dr Mahathir kerana berjaya disenaraikan sebagai salah seorang pemimpin pilihan Fortune. Semoga Malaysia terus maju dan makmur di bawah kepimpinan beliau.