Berbincang mengenai Tun Dr Matahir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya seluruh negara cukup mengenali dua individu berpengaruh ini. Mencipta pelbagai sejarah dalam dan luar negara antara yang membuatkan mereka diingati ramai.

Terbaharu, perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas lebih 20 tahun berusaha menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan turut mendapat perhatian Tun Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan juga ke-7.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: The Straits Times

Menurut Tun Dr Mahathir, beliau mengakui tidak yakin dengan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memimpin Malaysia untuk berdepan dengan krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan pasca pandemik.

Dr Mahathir berkata, ia terbukti berdasarkan pretasi Anwar ketika berada dalam kerajaan lebih 20 tahun lalu dan mendakwa bekas timbalannya dalam Kabinet ketika itu tidak dapat menangani masalah ketika menjadi pemangku Perdana Menteri pada 1997.

Selain itu, beliau mendakwa Anwar yang juga selaku Menteri Kewangan ketika itu, gagal mencari jalan penyelesaian apabila krisis kewangan melanda dan lebih rela mengikut pendapat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, yang berisiko menyebabkan Malaysia muflis.

“Pada masa saya jadi Perdana Menteri kali pertama, saya pergi cuti selama dua bulan. Semasa saya cuti, Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), diberi tanggungjawab sebagai pemangku Perdana Menteri, tetapi nampak dia tak dapat menangani masalah.

“Selepas itu pula, berlaku krisis kewangan yang mana ringgit Malaysia turun nilainya. Pada masa itu, Anwar juga menjadi Menteri Kewangan.

“Cara dia menangani masalah kejatuhan nilai ringgit itu dengan mengikuti pendapat IMF dan Bank Dunia. Saya berpendapat, kalau kita ikut IMF dan Bank Dunia, kita akan jadi muflis dan kita tak dapat laksanakan dasar ekonomi negara kita.

“Tetapi Anwar tak ada cadangan yang lain selain daripada mengikuti IMF dan Bank Dunia, sebab itu saya terpaksa ambil alih tugas Kementerian Kewangan, saya cari jalan untuk selamatkan negara,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan BH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pandangannya sama ada Anwar memiliki keupayaan untuk menakhodai Malaysia berdepan cabaran kemelesetan ekonomi yang diramal melanda dunia tahun depan.

Dr Mahathir berkata, jika dibenarkan Anwar berkuasa dan melaksanakan dasarnya, beliau yakin negara tidak akan dapat mengatasi masalah krisis kewangan ketika krisis berkenaan.

Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mengakui khuatir dengan kebolehan Anwar sebagai Perdana Menteri kerana berdasarkan pengalaman lampau, Presiden PKR itu gagal merangka penyelesaian ketika berdepan krisis kewangan 1997/1998, apatah lagi kini berdepan lebih banyak masalah rumit.

“Ketika itu, nampak dia tidak dapat cipta satu cara untuk mengatasi krisis. Sama ada di masa hadapan, dia boleh cipta cara menangani masalah negara, belum kita dapat tentukan.

“Tetapi berdasarkan pengalaman semasa dia jadi TPM (dan) menunjuk kebolehannya, saya khuatir. Sekarang ini negara menghadapi banyak masalah seperti kesan pandemik, ekonomi merosot teruk, keadaan politik tidak stabil.

“Rakyat masih tidak senang dengan keadaan negara. Banyak masalah yang perlu ditangani oleh kerajaan Anwar,” katanya.

Dr Mahathir turut ditanya sama ada benar tanggapan pelbagai pihak bahawa beliau sememangnya tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, Tun Mahathir berpendapat perkara itu terpulang kepada rakyat dan parti untuk memilih. Namun beliau sememangnya khuatir dengan kebolehan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: ABS CBN News

Untuk pengetahuan, Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah bekerjasama lebih dua dekad lalu di mana masing-masing berada dalam parti Barisan Nasional. Datuk Seri Anwar Ibrahim turut pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah Tun Dr Mahathir sebelum krisis melibatkan dua individu ini semakin panas.

Sumber