Setelah bertahun dibina, akhirnya Tun Razak Exchange yang juga merupakan bakal menjadi Bangunan Tertinggi Malaysia bakal mula beroperasi pada awal tahun 2019 selepas berjaya menyiapkan fasa pertama pembinaan.

Menurut ulasan daripada Datuk Azmar Talib selaku CEO TRX City Sdn Bhd, projek yang menelan belanja RM35 bilion ini bakal menawarkan fasiliti dan infrastruktur kepada pemilik bisnes dan syarikat besar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lend_Lease_TRX_signing_ceremony

Fasa pertama TRX bakal merangkumi The Exchange 106 dan Menara Prudential dikatakan bakal mula untuk operasi seawal awal tahun hadapan. Setakat ini, difahamkan sudah 80% daripada fasa pertama berjaya disiapkan.

Fasa kedua TRX pula dijadualkan bakal disiapkan pada tahun 2020 yang bakal memperlihatkan Exchange Mall serta pejabat baru bagi HSBC Malaysia dan Affin Bank.

bp_the_exchange_106_110118_60
Bangunan Exhange 106. Sumber: NST

Projek yang dibangunkan ini juga merupakan sebahagian daripada projek 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dimana TRX telah menerima dana sebanyak RM3 Bilion bermula tahun 2012 sehingga 2017.

Sumber