Hasrat Tun Siti Hasmah tersebut disampaikan oleh anaknya, Marina Mahathir melalui laman Facebooknya. Melalui post tersebut, Tun Siti menyampaikan pesan agar orang ramai tidak menghantar hadiah kepada beliau dan Tun Mahathir. Beliau turut mengambil kira prinsip Pakatan Harapan (PH) iaitu semua ahli PH tidak dibenarkan untuk menerima hadiah.

Tambahnya lagi, sebaiknya hadiah-hadiah tersebut disumbangkan kepada badan-badan kebajikan sahaja. Walaubagaimana pun beliau dan suami amat bersyukur atas doa dan mesej yang disampaikan oleh orang ramai. Marina turut memberitahu bahawa ibu bapanya tidak akan berpindah ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana tetapi akan terus menetap di kediaman sendiri kerana lebih selesa untuk tinggal di situ walaupun tidak mempunyai ruangan yang besar seperti di Seri Perdana.

Tun Siti Hasmah juga meminta agar orang ramai untuk memahami perminataannya walaupun Hari Raya bakal tiba yang pastinya lebih ramai yang berkira-kira untuk memberi hadiah kepada mereka berdua.