Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Obsesi Orang Jepun terhadap ikan tuna sememangnya tidak dapat dipisahkan. Malah, sudah menjadi tradisi buat Masyarakat Jepun dimana ikan tuna berkualiti tinggi bakal dilelong didalam sebuah acara rasmi yang diadakan di pasar terkemuka di Jepun.

Melalui acara lelongan tuna baru-baru ini yang diadakan di Tsukiji Fish Market, seekor tuna dengan berat 613 pound telah berjaya dibeli oleh Kiyoshi Kimura, pemilik Sushizanmai dengan harga $3.1 juta (RM12.74 juta).

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Kiyoshi Kimura, pemilik rangkaian Sushizanmai di Jepun

Pembelian ini sekaligus meletakkan Kiyoshi Kimura sebagai pembeli tuna termahal dunia setelah berjaya mengekalkan takhta ini selama enam tahun sebelum ditewaskan pada tahun 2017.

Mengulas lanjut mengenai harga yang tuna yang dibeli, pemilik tuna ini mengatakan pembelian beliau merupakan lima kali lebih mahal daripada apa yang dijangkakan. Walaubagaimanapun pembelian ini lebih kepada status simbol serta menawarkan yang terbaik buat bisnes rangkaian makanannya.

Japan Tuna

Sumber: TOMOHIRO OHSUMI

Untuk pengetahuan, tuna ini bakal dibawa secara terus ke restoran miliknya yang berada berdekatan pasar lelongan ini. Difahamkan peningkatan harga tuna ini berkait rapat dengan pengurangan ikan tuna di lautan Jepun.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka