Nampaknya YB Nurul Izzah bukan sekadar cakap kosong. Bulan Mei yang lalu, netizen di Twitter mahu Nurul Izzah tunaikan janji untuk bawa band terkemuka Radiohead buat persembahan di Malaysia.

Ianya menerusi satu temubual Nurul Izzah untuk majalah Esquire pada tahun 2013 di mana beliau berkata, “Jika kami menang di Putrajaya, kami akan bawa Radiohead ke Malaysia.”

“Saya sudah menulis surat untuk perkara ini dan ianya dalam proses terakhir untuk memberitahu mereka untuk lebih sensitif dalam isu di Palestin. Keduanya, saya harap mereka bersetuju dengan proposal saya dengan menjadikan konsert ini sebuah konsert amal,” katanya kepada wartawan Bernama.

Jadi hanya masa dan kata balas daripada pihak Radiohead yang akan menjadikan konsert ini satu realiti. Jika Radiohead jadi datang ke Malaysia, lagu mana yang anda mahu sangat dengar secara live? Kami semestinya mahu dengar ‘Karma Police’.

Sumber