Siapa yang tidak mengenali pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang juga merupakan usahawan terkenal, bukan? Bagi yang mengikuti kisah pasangan selebriti ini, pasti tahu mereka berdua berusaha dari bawah untuk mencapai kejayaan hari ini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Terbaharu, Aeril Zafrel telah menghadiahkan isterinya sebuah wisma bernilai RM3.2 juta. Bangunan tiga tingkat yang menelan kos pengubahsuaian RM2 juta itu adalah pusat bagi rangkaian perniagaan mereka Wawa Cosmetic selain menempatkan ruang pejabat dan gudang penyimpanan stok.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Menerusi laporan, Aeril Zafrel menghadiahkan wisma tersebut sebagai tanda cintanya kepada isteri tersayang. Lantaran itu, Wawa tidak sangka impiannya sejak 2016 untuk mempunyai wisma sendiri akhirnya tercapai.

Menurut pasangan ini, mereka akui pelbagai cabaran dan dugaan ditempuhi sepanjang mengendalikan perniagaan ini. Malah, ibu pejabat itu menjadi ‘saksi’ hasil titik peluh mereka yang selama ini bertungkus lumus dalam memastikan perniagaan terus maju dan berkembang.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Bapa Kecewa Hak Anak OKU Dinafikan Selepas Peniaga Minta Alih Kereta Untuk Buka Gerai

Gara-Gara Perang Rusia Dan Ukraine, Stok Mi Segera Indomie Berkurang Di Pasaran