Tune Talk sebelum ini dikejutkan dengan isu scandal yang terpalit dengan bekas CEO mereka iaitu Jason Lo. Tidak mahu isu ketiadaan CEO berlarutan dengan panjang Tune Talk Sdn Bhd pada hari ini telah mengumumkan saudara Ameen Abdullah sebagai CEO terbaru mereka.

Untuk pengetahuan anda, Ameen Abdullah sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai CEO RedOne serta merupakan ketua Mobile virtual network operator (MVNO) bagi telco Celcom.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ameen Abdullah

Kehadiran Ameen Abdullah diharap bakal memberi sebuah nafas baru buat Tune Talk untuk bersaing dengan lebih kompetitif dengan beberapa syarikat telekomunikasi yang lain. Rekod cemerlang beliau semasa mengemudi RedOne antara yang membuatkan Tune Talk yakin dengan perlantikannya.

Mengulas mengenai bekas CEO mereka iaitu Jason Lo, dikatakan beliau telah meninggalkan jawatan beliau sebagai CEO sejak November tahun lalu lagi sewaktu didakwa dengan isu melibatkan dadah di Dubai.

Nak tahu apa yang lebih epik mengenai pengumuman CEO terbaru? TuneTalk telah mengumumkan kehadiran Ameen Abdullah mereka dengan parody lagu ‘New Rules’ dimana beliau sendiri membawakan watak ‘Dua Lipa’ dalam videoklip ini.