Sebelum kita ke sesuatu negara untuk melancong, kita haruslah tahu undang-undang negara terbabit dan juga tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menyusahkan kita kelak.

Seorang rakyat Malaysia terpaksa membayar ganti rugi hampir 100,000 baht (RM12,438) kepada empat pemilik kenderaan di di sebuah kem gajah, Chang Puak Camp, Hatyai, Thailand gara-gara melakukan aksi drift berbahaya di tempat letak kereta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi laporan, pemandu berusia 32 tahun yang membawa kereta BMW M2 itu membuat aksi drift di tempat letak berkenaan pada Jumaat lalu dan mengakibatkan sebuah kereta dan tiga lagi tuk-tuk yang berada tempat letak kereta terbabit mengalami kerosakan termasuk cermin pecah serta calar.

Difahamkan, selepas melakukan enam pusingan drift, pemandu itu meninggalkan tempat parkir terbabit tanpa menyedari tindakannya telah merosakkan kenderaan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Pelancong Hatyai Leftenan Kolonel Anuwat Rithichai, pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Polis berjaya mengesan kenderaan yang dibawa lelaki warga Malaysia itu di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand kira-kira 6 petang Sabtu lalu. Pemandu itu bersama isterinya telah dibawa ke balai polis untuk bertemu dengan pemilik kenderaan yang terjejas,” katanya.

Pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan tersebut pada mulanya menuntut sejumlah 107,000 baht sebagai ganti rugi. Namun selepas berunding, kedua-dua pihak bersetuju pemandu berkenaan membayar ganti rugi sebanyak 99,000 baht kepada empat pemilik kenderaan terbabit.