Tanpa disedari, kita sudah pun berada di bulan Ogos dan sudah menjadi kebiasaan bulan Ogos ini dikaitkan dengan hari kemerdekaan negara kita. Semua pasti ingat pada tarikh 31 Ogos 1957, Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan dan perkataan ‘Merdeka!’ dilaungkan dengan penuh semangat oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka sebagai tanda kita sudah tidak lagi di bawah pengaruh penjajah.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Tiada masa yang lebih tepat untuk menzahirkan perasaan sayang kita kepada negara melainkan sepanjang bulan kemerdekaan ini.

Bagi memperingati pengorbanan dan keamanan yang kita nikmati sekarang ini, jom kita sama-sama berkumpul dan sertai larian myBuddies Run #sehatisejiwa yang dianjurkan khas sempena bulan kemerdekaan ini.

MY 1

Larian ini bakal berlangsung pada 21 Ogos ini di Cyberjaya dan myBuddies Run 2016 #sehatisejiwa adalah usahasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan MYNIC untuk rakyat Malaysia berkumpul dan sama-sama berlari tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Larian myBuddies Run #sehatisejiwa ini merupakan acara rasmi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-59.

Tahukah anda larian myBuddies Run #sehatisejiwa ini berjaya menarik lebih 5,000 peserta tahun lalu? Ya, larian ini memang berjaya menarik penyertaan yang ramai kerana acara beginilah yang dapat menyatukan rakyat Malaysia. Semua dapat berkumpul dengan gembira disamping mengeluarkan peluh untuk semua sama-sama sihat dan aktif. Bila lagi nak tunjukkan perasaan cintakan negara kita kan?

my 2

Anda tak pernah sertai acara larian sebelum ini? Jangan risau sebab larian ini pun tidaklah jauh mana. Ada 3 jarak yang anda boleh pilih; acara 10km, 5km dan 3km. Jadi kalau rasa-rasa baru nak berjinak dalam acara larian ini, boleh cuba dahulu acara 5km sebab yang 3km itu hanya terbuka untuk kanak-kanak. Kalau tak try, macam nak tahu keseronokkan berlari dalam acara sebegini kan?

Dah penat-penat berlari nanti, takkanlah tak ada hadiah. Disamping goodies bag yang akan diedarkan pada hari berkenaan, hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta memang sangat awesome. Ada cabutan bertuah untuk semua peserta myBuddies Run bernilai RM65,000! Kalau tuah anda baik pada hari tersebut, boleh bawa pulang hadiah utama lucky draw iaitu sebuah Proton Iriz. Pergh! Hilang penat berlari kalau dapat kereta Proton Iris. Berbaloi rasanya bayar yuran penyertaan sebab berpeluang hadiah-hadah awesome ini.

Ok, faktor yang ini memang awesome, sebab selebriti terkenal lagi fit Sharifah Sakinah akan bersama-sama peserta myBuddies Run #sehatisejiwa untuk ajar kita senaman body combat sebelum larian. Pernah tak anda cuba senaman ini? Kalau tak pernah, inilah masanya untuk belajar senaman berteraskan seni mempertahankan diri bersama Sharifah Sakinah! Yes, bagus juga anda dapat exposure senaman body combat ni. Secara tak langsung nanti anda belajar cara-cara mempertahankan diri jika dalam bahaya.

my 3

Sebelum terlupa, bonus untuk mereka yang sertai acara 10km. Kalau anda memang hebat dan padu dalam larian, sertailah acara 10km sebab hadiah pertama untuk acara ini adalah wang tunai dan trofi. Sempat lagi untuk anda berlatih kalau nak sertai acara 10km ini.

my 4

Rasanya anda sudah boleh block tarikh 21 Ogos 2016 untuk sertai myBuddies Run #sehatisejiwa di Cyberjaya ini. Untuk mendaftar, anda boleh ke laman www.mybuddies.my dan ikuti mereka di laman Facebook di sini dan juga Instagram @mybuddies.my untuk sebarang update berkenaan larian ini. Kalau anda bawa bendera kecil semasa berlari nanti, anda awesome. Bila lagi nak tunjuk perasaan kita sayangkan negara sambil kibarkan Jalur Gemilang kan? Jumpa semua di sana!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group