Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, adalah seorang negarawan Malaysia yang berkhidmat sebagai ketua kerajaan Malaysia dari 1955 hingga 1970.

Beliau adalah Perdana Menteri pertama Malaysia sehingga beliau meletakkan jawatan pada tahun 1970.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masyarakat umum lebih mengenali beliau sebagai arkitek kemerdekaan Malaya dan sering disebut sebagai Bapa Kemerdekaan.

51205f97d9af4b98b16cfd2237991163
Malaysiakini

Tetapi tahukah anda bahawa semasa zaman mudanya, Tunku lebih badass. Antara misi penting yang beliau pernah lakukan adalah menculik ayahnya sendiri.

Peristiwa Sedim

Pada bulan Disember 1941, negeri Kedah telah diserang teruk oleh Jepun. Semasa itu juga telah berlaku satu peristiwa penculikan oleh Tunku terhadap ayahandanya sendiri, Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943)

Sehari sebelum rancangan menculik Sultan Abdul Hamid berlaku, Syed Omar Shahabudin – ipar Tunku – telah memberi maklumat bahawa British mahu memindahkan ayahandanya ke Pulau Pinang keesokkan harinya.

3_4_5_1941_pic02_enl
Gambar yang diambil di Alor Setar pada 1939 menunjukkan Sultan Abdul Hamid, Cik Menjalara, Tunku Abdul Rahman, Tunku Khatijah dan Tunku Nerang – Memori Kedah

Tunku tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil itu kerana menurutnya, “…the Sultan should remain with people, though not necessarily in Alor Setar…”

Menurut satu laporan lain, kata-kata sedemikian pernah diucapkan berkali-kali oleh Tunku pada 14 Disember 1979, “bahawa tidaklah patut bagi seorang Sultan meninggalkan negerinya di dalam keadaan perang begini, sedangkan rakyat masih memerlukannya.”

Tunku kemudiannya mengambil keputusan untuk bertindak sendiri bagi menggagalkan pemergian ayahandanya itu.

British Diperbodohkan Oleh Tunku

Pada pagi hari Isnin 8hb Disember, Tunku telah bersiap sedia bersama-sama dengan rakannya Syed Abu Bakar Al-Idrus.

Misi utama Tunku adalah untuk membawa Sultan Abdul Hamid jauh daripada jagaan British yang bertanggungjawab menjaga Sultan sepanjang perjalanan.

Tetapi untuk memastikan misi itu berjaya, Tunku telah mengatur idea bijak. Disebabkan kemudahan jalan yang masih belum sebaik sekarang – jalan berdebu dan berbatu – kereta perlu menjaga jarak sekurang-kurangnya dua minit.

3_4_5_1941_pic04_enl
Gambar rumah yang didiami oleh Tuan Syed Sheikh Shahabudin di Kampung Sedim – Memori Kedah

Apabila kereta pertama dengan iringan polis bertolak dan selang dua minit selepas itu, kereta yang bertanggungjawab membawa baginda Sultan muncul. Tanpa membuang masa, Tunku Abdul Rahman terus menahan kereta tersebut lalu memaksa pemandunya menghala ke arah Kulim.

Lebih lucu lagi apabila pihak British hanya menyedari kehilangan Sultan Abdul Hamid apabila mereka sudah sampai di Pulau Pinang.

Tunku pada mulanya membawa Sultan bersembunyi di Kulim sebelum dipindahkan di Estet Bukit Sedim. Namun apabila mengetahui pihak Jepun semakin hampir, Tunku akhirnya membawa baginda Sultan ke Kampung Sedim.

3_4_5_1941_pic03_enl
Gambar rumah yang didiami oleh Sultan Abdul Hamid di Kampung Sedim – Memori Kedah

Seramai 5 hingga 60 orang disuruh berkawal siang dan malam untuk menjaga keselamatan baginda Sultan. 

Setelah enam hari berkampung di sana, mereka kembali ke Alor Setar. Namun, Sultan Abdul Hamid tidak dibenarkan pulang ke Istana Kampung Baharu kerana tentera Jepun mahu merampasnya.

Baginda memilih Istana Anak Bukit sebagai tempat tinggal. Setelah memerintah selama 62 tahun, baginda mangkat pada tahun 1943.

Kami sebelum ini pernah menulis mengenai sejarah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah yang digelapkan oleh British. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sejarah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Yang Digelapkan British?