Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima pengiktirafan tertinggi anugerah pingat perkhidmatan Persatuan Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) semalam.

Selepas mendengar pengumuman tersebut, Tunku Azizah dilihat menitiskan air mata kerana terharu dengan pengiktirafan berkenaan.

Tunku Azizah merupakan individu yang sangat aktif dalam PPPM sejak kecil lagi. Beliau turut mengakui bahawa PPPM telah mendidik dirinya menjadi pemimpin sejak daripada peringkat Brownie pada usianya sembilan tahun.

Melalui satu pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga WAGGGS Sedunia Ana Maria Mideros menerusi YouTube WAGGGS di Istana Negara, pingat tersebut dianugerahkan kepada individu yang mempamerkan perkhidmatan luar biasa kepada pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di peringkat nasional dan global.

Tambahnya lagi, pihak PPPM sangat berterima kasih di atas komitmen tidak berbelah bahagi Tunku Azizah dan ia terserlah melalui pencapaian serta peranan baginda.

“Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan khas atas dedikasi dan sokongan Tunku Azizah yang tidak pernah kenal lelah untuk pergerakan ini,” katanya.

Untuk rekod, baginda pernah menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Pahang, Timbalan Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Penaung Diraja Persatuan pandu Puteri Malaysia dan Ahli Lembaga Olave Baden-Powell Society.

Pada 2015, baginda menjadi Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri (EAPW) dengan keanggotaan dari 27 negara di rantau Asia Pasifik.

Terdahulu, Tunku Azizah telah menerima Anugerah Ikon Kraf 2019, klik pautan di bawah untuk membaca.

Raja Permaisuri Agong Terima Anugerah Ikon Kraf 2019

Raja Permaisuri Agong Perkenan Serah Sumbangan Peribadi Buat Mangsa Taufan Hagibis