Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seramai 650 pemegang akaun CIMB telah memfailkan saman berjumlah RM650 juta ke atas CIMB bank secara class-action susulan isu kesilapan pemprosesan yang menyebabkan akaun mereka berhutang serta dibekukan.

Menurut laporan, tuntutan tersebut juga merangkumi kos untuk menampung semula risiko yang didepani para pemegang akaun. Difahamkan, sekitar RM1,007,702.91 didakwa telah diambil secara paksa daripada akaun pengguna oleh bank berikutan proses pemulihan hutang.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Antara tuntutan lain yang digariskan oleh kelompok kumpulan pengguna CIMB adalah menuntut sekurang-kurangnya RM1 juta atas kerugian bagi setiap pemegang akaun terkesan.

Selain itu, mereka turut memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan akaun pengguna dalam tempoh 7 hari selepas keputusan dicapai dan memberikan ganti rugi am bersama faedah 5% setahun dari tarikh saman difailkan.

Tujuan utama tuntutan tersebut adalah untuk membela hak pemegang akaun CIMB yang terjejas disebabkan berdepan sekatan wang serta dibebani paras hutang tertentu.

Sumber: retailnews.asia

Tindakan bank mendebit wang daripada akaun adalah menyalahi undang-undang dan melanggar peraturan yang melibatkan institusi kewangan di negara ini serta dilihat bercanggah dengan aturan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut peguam Nazmi Mohd Zaini yang mewakili semua 650 pemegang akaun dalam tuntutan itu berkata, beliau akan memohon saman serupa seperti yang difailkan bulan lalu oleh 12 pemegang akaun terhadap CIMB untuk dibicarakan bersama kes terbaharu.

Dalam saman terbaharu itu, hanya 26 orang dinamakan untuk mewakili 650 pemegang akaun itu. Sebelum ini, CIMB telah melaksanakan saman balas terhadap 12 Individu dengan menuntut jumlah RM1.39 juta susulan kegagalan pengguna memaklumkan kemasukan kredit yang tidak disengajakan dalam akaun mereka.

Sementara itu, baca artikel berkaitan CIMB pada pautan di bawah ini.

Ada Yang Cecah RM11,000, Netizen Bengang Duit Dalam Akaun CIMB Ditolak Tanpa Sedar Secara Berjemaah

Kontrak Berat Sebelah, CIMB Kalah Kes Mahkamah Kepada Pelanggannya