Walaupun dilanda kontroversi ketika pelancaran tudung terbaru dari Naelofar Hijab, Turban Be Lofa tetap habis terjual sehari selepas pelancaran tudung berkenaan di Zouk, Kuala Lumpur.

Kesemua 45 warna Be Lofa Turban dijual hanya secara atas talian pada harga RM73 (Semenanjung Malaysia) dan SGD36 untuk pelanggan di Brunei dan Singapura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Be Lofa Turban
Paparan ‘Sold Out’ di naelofarhijab.com

Walaupun pelancaran koleksi ini dikecam ramai, ianya tidak pun menjejaskan jualan tudung terbaru Naelofar Hijab ini. Khabarnya ramai yang kecewa kerana tidak dapat membeli turban ini. Ada di antara anda yang sempat membeli tudung dari koleksi Be Lofa ini?