Turki memilih untuk berbaik semula dengan Israel selepas hampir satu dekad tidak bertegur sapa. Ini merupakan kemajuan penting selepas pertemuan antara Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Isaac Herzog diadakan di Ankara Mac lalu, lapor Al Jazeera.

Sebelum ini, hubungan kedua-dua negara berada pada tahap yang ampuh disebabkan serangan Israel yang mengorbankan 10 orang awam di atas kapal Turki ketika mereka hendak menyekat Semenanjung Gaza, Palestin.

“Keputusan untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara kepada hubungan diplomatik penuh dan mengembalikan duta dan konsul jeneral kedua-dua negara,” kata kenyataan pejabat Lapid.

“Ini adalah aset penting untuk kestabilan serantau dan berita ekonomi yang sangat penting untuk Israel,” tambahnya.

Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu mengesahkan ini. Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kepada negaranya bahawa beliau tidak akan meninggalkan sokongan terhadap Palestin.

Cavusoglu berkata keputusan itu akan membolehkan negaranya melobi kepentingan Palestin di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Duta Turki akan dilantik selepas ia dibentangkan kepada Erdogan.

Erdogan telefon Presiden Israel, bincang mahu kukuh hubungan Turki dan Tel Aviv. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Erdogan Telefon Presiden Israel, Bincang Mahu Kukuh Hubungan Turki Dan Tel Aviv

20 Dosa Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan Yang Dibenci Oleh Musuhnya

Ozil & Gundogan Diberi Amaran Kerana Menyokong Presiden Turki