Saya masih ingat lagi hampir sedekad yang lalu apabila Sony memperkenalkan TV Plasma dibawah jenama Bravia. Ramai yang terkejut dan kagum dengan teknologi terbaru keluaran Sony. Tak dilupakan juga Gen-X yang mengangap TV bersaiz 40-inci adalah sangatlah besar untuk dilihat dan tidak sesuai untuk diletak di rumah serta akan merosakkan mata anak-anak mereka.

Pada hari ini, Sony telah melancarkan TV terbaru dibawah siri Z9D 4K dengan saiz skrin 100-inci. Ya, 100-inci. Jika diukur melalui unit metre sahaja sudah mencecah 2.54m. Seperti kebiasan TV yang lain, TV keluaran Sony ini disertakan dengan fungsi-fungsi asas Smart TV. Menonton aplikasi seperti Netflix dan iflix sudah tentu lebih fun dan awesome dengan Android TV™ beserta UI daripada Sony’s exclusive.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sony+XBR-65Z9D

Apa yang lebih menarik TV ini disertakan dengan paparan 4K HDR Ultra HD. Jelas menunjukkan Sony merupakan pioneer di dalam arus teknologi TV sejak sekian lama. Sony Z series menjanjikan imej yang lebih vibrant dan sharp.

Seperti kebiasaan teknologi baharu, harga yang diumumkan sangatlah ‘epik’ sepertimana teknologi pada TV ini. Sony Z9D ini hadir dengan 3 variasi saiz berbeza iaitu 65-inci, 75-inci dan 100-inci. Kesemuanya menjanjikan teknologi yang sama cuma saiz yang berbeza.

Harga yang diumumkan buat Sony Z9D 4K 65-inci adalah $6,999 sekitar RM28,439 manakala bagi Sony Z9D 4K 75-inci pula adalah $9,999 bersamaan RM40,628 dan akan mula dijual Ogos ini. Masih belum ada harga yang rasmi pada model Sony Z9D 4K 100-inci. Mengetahui harga pada saiz 65-inci sahaja sudah cukup membuat kami ‘seram’ apatah lagi harga pada Sony Z9D 4K 100-inci.

Sumber