January 10, 2017 8:10 PM

Pada acara CES pada tahun lepas, LG telah mengumumkan Smart TV dengan paparan 4k menggunakan teknologi OLED. Menggunakan teknologi skrin OLED, LG pada tahun ini telah mengumumkan LG W-series dimana TV ini mempunyai saiz ketebalan sekitar 2.6mm. Ya, saiz ketebalan yang sama seperti satu per tiga iPhone 7.

Sesuai dengan penggunaan tagline yang digunakan iaitu ‘Picture on Wall’, TV ini tidak lagi memerlukan sebarang pemegang atau mounting pada dinding. Beratnya yang sekitar 7.7kg ini dapat digantung terus pada dinding dengan menggunakan magnet sahaja.

Memandangkan TV ini mempunyai saiz yang sangat nipis, LG turut menyediakan soundbar bagi menghasilkan audio khas buat LG W-series.

Berbincang mengenai soal harga, LG W-series ini hadir dengan 2 size berbeza iaitu 65-inci dan 77-inci. Harga yang diumumkan bagi saiz 65-inci adalah $8000 (~RM35,796.00) dan $20,000 (~RM89,490.00) untuk saiz 77-inci. Harga yang tinggi buat sebuah TV dengan ciri futuristik.

Dalam pada itu, LG ketika ini sedang berusaha untuk menghasilkan TV yang lebih nipis dengan saiz ketebalan 1mm. Prototaip TV ini sudah berjaya dihasilkan dan kemungkinan kita akan melihat pelancaran model ini pada tahun akan datang. Boleh tahan dasyat obses LG dalam menghasilkan TV yang nipis ini.

Baca lagi: Kami Sahkan Model Terbaru Sony Ini Sebagai TV Paling Futuristik Pernah Dihasilkan