Semalam saya tidur lambat kerana mencuba beberapa kaedah streaming TV.

Dalam pukul 2 pagi pula, Amanz terbitkan sesuatu yang bersangkut paut dengan apa yang tengah saya lakukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
chromecast
Tested.com

Jelas sekali, dengan berita di Amanz, streaming TV bakal jadi perkara mainstream di Malaysia tidak lama lagi.

Dengan kos yang rendah dan pilihan rancangan yang banyak, amat sukar berkata ‘No’ kepada streaming TV. Tambahan pula, servis streaming TV mula berada di pasaran secara rasmi, jadi tidak perlu guna cara black hat lagi untuk mendapatkan hiburan.

Perkembangan Terbaru Streaming TV

  1. iflix tawarkan akaun percuma kepada pengguna Unifi selama setahun. Rujuk laman web Lowyat.net.
    iflix-unifi
    Via Lowyet.net
  2. Netflix baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga serendah RM33 sebulan. (Inilah berita daripada laman web Amanz yang saya katakan di atas. Lepas ini boleh guna cara halal untuk menonton Netflix.)
    netflix
    Netflix
  3. Beli Chromecast melalui Lazada, dapat akaun iflix percuma setahun.

Apa Yang Akan Saya Tulis

Dalam penulisan ini, ada beberapa bahagian yang akan saya tulis dalam beberapa, hari mulai hari ini. Jadi jenguklah Vocket hari-hari, ye!

  1. Set-up dan penggunaan Chromecast
  2. Reviu penggunaan Netflix bersama-sama Chromecast
  3. Tonton saluran percuma dengan Kodi menggunakan Chromecast
  4. Tonton iflix menggunakan Chromecast

Alat-alat Yang Digunakan

Ini alat-alat yang saya gunakan. Akan tetapi anda boleh menggunakan spesifikasi yang lebih rendah atau tinggi. Terpulang!

  1. Internet Unifi 10 Mbps (Netflix memerlukan kelajuan sekurang-kurangnya 0.5 Mbps. The faster the better.)
  2. Chromecast. Boleh dapatkannya di Lazada di sini. (Anda juga boleh menggunakan kabel HDMI).
  3. Televisyen dengan port HDMI.
  4. Telefon pintar sebagai alat kawalan jauh (juga boleh menggunakan tablet atau komputer.)

Mari kita mulakan topik pertama.

Penggunaan Chromecast

Apakah itu Chromecast?

chromecast
Nurulwahida

Chromecast adalah peranti tanpa wayar menggantikan kabel HDMI. Ia dicucuk kepada port HDMI, dan dikuasakan oleh kabel USB. Anda boleh mengawal Chromecast menggunakan telefon pintar, tablet, dan komputer. Terdapat beberapa aplikasi streaming seperti Netflix, iflix dan Youtube yang telah menyokong Chromecast secara rasmi.

Pembelian Chromecast

Saya membeli Chromecast beberapa bulan lepas sebaik sahaja Maxis menjualnya secara rasmi di Malaysia pada harga RM170. Menurut laman web Maxis, peranti ini sekarang berharga RM160.38. Anda juga boleh mendapatkannya di Lazada pada harga RM179 dengan akaun iflix percuma selama setahun.

Penggunaan Chromecast

Pada mulanya saya menggunakan Chromecast hanya untuk menonton Youtube. Dengan tawaran akaun percuma iflix untuk pengguna Unifi selama setahun, dan akaun percuma Netflix selama sebulan, kita semua punya lebih banyak pilihan. Lagipun, saya mula meneroka saluran-saluran percuma lain menggunakan Kodi.

Apa ada dalam kotak Chromecast

chromecast
Chromecast.com
  1. Chromecast (dongle)
  2. Kabel power USB
  3. Power adapter
  4. HDMI extender

Set-up Chromecast

Set-up Chromecast, walaupun banyak langkah, tetapi sebenarnya agak mudah.

Set-up Chromecast

  1. Sambungkan Chromecast (dongle) ke port HDMI.
    chromecast-hdmi
    Sambungkan Chromecast ke port HDMI dan sambungkan power cable. Nurulwahida
  2. Sambungkan power cable.
  3. Pilih saluran HDMI yang betul.
    chromecast
    Chromecast.com
  4. Anda akan lihat paparan ‘set me up’. Perhatikan nama Chromecast anda, dalam contoh ini, namanya adalah Chromecast1387.
    chromecast
    Chromecast.com
  5. Masukkan ID dan kata laluan jaringan WiFi anda.

    Set-up alat kawalan jauh menggunakan telefon pintar atau tablet

  6. Lawati chromecast.com/setup menggunakan telefon pintar atau tablet anda.
  7. Muat turun aplikasi Chromecast daripada laman web di atas. Install.
    chromecast
    Chromecast.com
  8. Pilih Chromecast anda mengikut nama seperti yang dipaparkan di skrin TV (seperti arahan nombor 4 di atas, dalam kes ini – Chromecast1387).
    chromecast
    Chromecast.com
  9. Ikut arahan – pilih negara. Kod akan dipaparkan di kedua-dua skrin TV dan telefon pintar.
    chromecast
    Chromecast.com
  10. Sekiranya kedua-dua kod ini sama, tekan butang ‘I see the code’.
  11. Berikan Chromecast anda nama. Masukkan maklumat WiFi anda.
    chromecast
    Chromecast.com
    chromecast
    Chromecast.com
  12. Sweet! You are ready to cast.
    chromecast
    Chromecast.com

Boleh juga tonton video di bawah:

Mula Casting Dengan Chromecast

  1. Ketahui aplikasi yang menyokong Chromecast di chromecast.com/apps. Dalam contoh ini, saya menggunakan aplikasi Youtube, yang secara default sudah ada dalam kebanyakan telefon pintar Android.
  2. Sambungkan alat kawalan jauh anda (telefon pintar atau tablet) ke WiFi.
  3. Tekan butang casting seperti anak panah di bawah. Tadaa, anda sudah boleh menonton rancangan kegemaran di TV. Mudah, kan?
    chromecast
    Chromecast.com

Tonton lebih lanjut di sini:

Lagi Tentang Casting Menggunakan Telefon Pintar

  1. Tidak semua aplikasi menyokong Chromecast. Untuk Android, anda boleh casting seluruh skrin atau audio menggunakan aplikasi Chromecast.

    Pilih ‘Cast screen / audio’.

    chromecast
    Pilihan Cast screen / audio dalam aplikasi Chromecast

    Kekurangannya ialah, skrin telefon anda akan sentiasa ‘awake’ dan menggunakan bateri dengan banyak.

  2. Anda juga boleh menggunakan aplikasi LocalCast, tetapi ini akan dikupas dengan lebih lanjut dalam penulisan siri ketiga (dengan aplikasi Kodi).

Casting Menggunakan Komputer

  1. Anda tidak perlu muat turun apa-apa aplikasi. Tetapi anda akan perlukan pelayar web Chrome dan muat turun extension Google Cast.
  2. Selepas install extension yang diperlukan, anda akan nampak butang cast di sebelah kanan atas pelayar anda.

    Biasanya kita akan gunakan pilihan ‘Cast this tab’. Kalau ada fail video dalam komputer, anda hanya perlu masukkan direktori di address bar.

    chromecast
    Pilihan Cast screen / audio dalam aplikasi Chromecast

    Contoh, masukkan direktor di bawah di address bar pelayar Chrome.

    C:/Users/Owner/Downloads/video/episod1.mp4

    chromecast
    Piliha Cast screen / audio dalam aplikasi Chromecast

    Akan tetapi anda perlu tahu, tidak semua jenis fail video dapat dimainkan di Chrome seperti .avi.

    Anda juga boleh pilih Cast screen/window (experimental), di mana ia boleh tunjukkan seluruh skrin anda. Akan tetapi pilihan ini buggy. Semalam saya cuba, audio tidak keluar di televisyen, tetapi di komputer.

    Selepas pilihan anda selesai, pilihlah nama Chromecast anda untuk mula menonton.

Jadi apa tunggu lagi, silalah dapatkan Chromecast anda dan mula menonton.

Jangan lupa lawati The Vocket esok hari untuk reviu Netflix bersama Chromecast!

Anda juga boleh baca reviu pertama kami tentang Netflix di: Bagaimana Saya Melanggan Netflix Di Malaysia Buat Kali Pertama

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram