Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan kursus agro yang memfokuskan penggunaan teknologi, khususnya berkaitan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Menurut Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, inisiatif yang bakal dilaksanakan itu sejajar dengan perkembangan semasa dan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk pertanian negara selain membuka peluang yang lebih luas kepada graduan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya lagi, kementerian akan menawarkan banyak kursus di institusi TVET, termasuk agro yang berteraskan teknologi seperti penggunaan dron, kecerdasan buatan (AI) serta teknologi lain.

sumber: Bernama

Beliau berucap kepada media selepas merasmikan Kolokium Pendidikan Revolusi Industri 4.0 hari ini. Kolokium tersebut disertai 400 peserta terdiri daripada guru, pensyarah dan industri yang antara lain bertujuan memberi pendedahan berkaitan pendidikan IR 4.0.

Untuk memastikan graduan berdaya saing dan mempunyai pengetahuan terkini berkaitan Revolusi Industri 4.0, Menteri itu meminta universti untuk bekerjasama dengan lebih rapat dengan pihak industri bagi menyediakan silibus serta kurikulum yang bersesuaian dengan permintaan pasaran semasa.

Baru-baru ini tiga individu ini berjaya meraih pendapatan RM19,000 sebulan dilantik menjadi ikon TVET. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Gagal SPM Bukan Penghalang 3 Individu Ini Raih Pendapatan RM19,000 Sebulan

Kementerian Pendidikan Lancar Sistem e-Scroll Untuk Atasi Masalah Ijazah Palsu

KPM Umum Lebih 375,000 Peminjam PTPTN Tidak Pernah Buat Bayaran Semula Pinjaman

Sumber