Maya Karin merupakan antara selebriti yang lantang bersuara di media sosial. Lagi-lagi jika ia berkaitan dengan alam sekitar.

Terbaharu, Maya Karin telah berkongsi pengalaman beliau berjumpa dengan seorang pelajar di Terengganu melalui media sosialnya di Twitter. Apa yang cuba dikongsikan oleh beliau adalah pelajar tersebut yang tidak mengetahui basic bahasa Inggeris.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian itu, beliau bertanya tentang umur pelajar tersebut dalam bahasa Inggeris tetapi tidak mendapat jawapan dan hanya mendapat jawapan ketika ditanya dalam bahasa Melayu. Berikutan itu, beliau berasa terkilan dan menyuarakan hal itu dengan menyeru Menteri Pelajaran agar memandang perkara ini dengan serius.

Hal itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berbalah antara satu sama lain. Ada yang mengecam tindakan Maya Karin dengan mengatakan ada pelajar yang malu untuk berbahasa Inggeris dan tidak pelik kerana persekitaran yang berbeza.

Selain itu, ada juga yang menyokong Maya Karin kerana soalan yang ditanya hanyalah asas dan amatlah penting untuk ketahui bahasa lain walaupun hanya asas.

https://twitter.com/maiannaise23/status/1180328657274802177

Berikutan itu, Maya Karin menjelaskan bahawa pelajar-pelajar kena diajar untuk tidak malu bercakap menggunakan bahasa lain kerana lama-lama boleh bertutur dengan baik. Malah, beliau juga menjadikan dirinya sebagai contoh kerana kini beliau boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

Mungkin ramai sebenarnya yang salah membuat tanggapan tentang mesej sebenar yang mahu disampaikan oleh Maya Karin. Mengetahui bahasa lain seperti Inggeris, Mandarin, Tamil dan sebagainya adalah satu bonus dan sepatutnya kita belajar bahasa-bahasa lain sebagai pemudah bicara. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Anda mungkin berminat untuk baca artikel berkaitan sistem pendidikan, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Apa Yang Lompong Dalam Sistem Pendidikan Sekolah Kita? Ini Pandangan Dari Seorang Ustaz

Jawapan Seorang Lelaki Apabila Ada Yang Menghentam ‘Tahap Pendidikan Guru’