Nama Yusaku Maezawa mula mendapat perhatian dunia selepas pengumuman Elon Musk sebagai pelancong pertama SpaceX pada 2023 nanti. Pengasas jualan baju atas talian, Zozotown tersebut juga telah memecah rekod sebagai Tweet yang menerima retweet terbanyak.

Tweet yang dimuatnaik 3 hari lepas telah menerima sebanyak lebih 5 juta retweet mengalahkan rekod sebelumnya milik Carter Wilkerson yang berjaya memenangi nugget Wendy’s percuma.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yusaku menulis dalam tweet tersebut akan memilih 100 orang secara rawak untuk memenangi ¥1 juta (~RM37 ribu). Tweet tersebut juga disertakan dengan gift card tahun baharu dan poster E.T yang diubahsuai dengan ilustrasi SpaceX Elon Musk.

Setakat artikel ini ditulis, tweet ini sudahpun mengutip lebih 5.6 juta retweet dan dijangka akan terus bertambah. Melihat kepada latar belakang Yusaku Maezawa kemungkinan beliau mampu memberi kepada 100 orang bertuah. Sudahkah anda retweet tweet tersebut?

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.