Sekiranya anda bercadang untuk mengubah nama anda kepada Elon Musk sama ada kerana anda mengidolakan beliau atau sebagai akaun parodi, kami cadangkan untuk anda hentikan.

Hal ini kerana berikutan platform media sosial Twitter kini mempunyai sejumlah besar akaun ‘Elon Musk’ palsu yang sekaligus membuat pengumuman menjurus kepada berita tidak benar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

image

Perkara ini turut berlaku baru-baru ini dimana akaun tidak rasmi Elon Musk telah menjawab pertanyaan netizen mengenai misi menyelamat di Gua Tham Luang. Malah terdapat individu yang menggunakan nama beliau untuk mempromosikan kripto wang.

Melihat kepada permasalahan yang baru, Twitter kini lebih tegas dengan terus mengunci akaun yang cuba menggunakan nama Elon Musk. Selain Elon Musk, nama Bill Gates turut menjadi nama larangan di Twitter pada ketika ini.

Sumber