Sejak Elon Musk mengambil alih platform media sosial Twitter, ia telah mencuri perhatian ramai kerana berlakunya pelbagai perubahan dalam masa yang singkat. Menerusinya, terdapat pihak yang menyokong usaha bilionair itu dan ada juga yang menentangnya.

Elon Musk baru memuat naik ciapan menerusi akaun Twitternya yang menyatakan Twitter mengalami kejatuhan pendapatan yang tinggi disebabkan oleh sejumlah syarikat yang menghentikan mengiklankan di platform tersebut. Difahamkan perkara ini berlaku ekoran tekanan para aktivis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun, Elon Musk tidak membahas lanjut apakah yang dimaksudkan atau siapakah “aktivis” tersebut. Perkara ini mungkin berlaku ekoran sebahagian entiti tidak menyukai dengan perubahan yang dibawakan malah sejumlah pekerja Twitter juga telah dihentikan atas alasan yang tidak munasabah.

Buat masa ini, pendapatan pengiklanan untuk Twitter berjumlah sekitar 90% daripada pendapatan mereka. Beliau juga berpendapat aktivis tersebut sepertinya mahu menghalang kebebasan bersuara secara terbuka.

Sumber