Twitter baru-baru ini dalam perancangan untuk mengharamkan iklan mengenai kriptowang dan Initial Coin Offering (ICO) di laman sosial tersebut. Sebelumnya Facebook merupakan syarikat pertama yang mengambil langkah tersebut diikuti oleh Google.

headertwit

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut CEO Twitter, Jack Dorsey tindakan ini sememangnya sedang dalam perancangan oleh syarikat tersebut. Langkah ini diambil berikutan kehadiran akaun-akaun palsu oleh scammer yang menjalankan transaksi palsu yang melibatkan kriptowang seperti Bitcoin, token dan wallet.

Kriptowang yang kini sememangnya menghadapi pelbagai masalah seperti kerugian yang dialami oleh pelabur berikutan kes penipuan. Tahun 2017 mencatatkan hampir separuh ICO mengalami kerugian dan hanya mampu bertahan selama sebulan. Misalnya BitConnect yang menjanjikan pulangan berlipat kali ganda per bulan kepada pelabur dan akhirnya jatuh merudum pada Januari yang lepas.