Twitter Blue kini sudah dilancarkan secara global dan boleh dilanggan oleh semua pengguna. Dengan ini, pengguna berpeluang menikmati sejumlah ciri menarik yang dapat meningkatkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Menerusi Blue, pengguna bakal mendapat pengesahan verified berwarna biru pada nama, kebolehan menyunting ciapan yang dihantar, menghantar ciapan mencecah 4,000 aksara, pengurangan iklan dan banyak lagi ciri baharu yang akan menyusul.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Setakat ini, ciri pengurangan iklan masih lagi belum diaktifkan. Malah, Elon Musk juga berkata perkongsian keuntungan iklan juga akan dikongsi dengan pelanggan Blue tetapi ciri ini masih belum diaktifkan.

Twitter Blue sedia ditawarkan pada harga RM35 sebulan atau RM369 setahun apabila dilanggan menerusi platform web. Harga langganan akan meningkat dengan tinggi apabila anda melanggan menerusi aplikasi Android atau iOS yang mana ia mencapai RM55 sebulan atau RM519.90.

Sumber