Sekiranya anda mempunyai akaun Twitter dan mengikuti akaun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kami yakin anda cukup faham betapa kontroversinya beliau di laman ini.

Tweet melibatkan isu perkauman, keganasan dan membuat keputusan yang diluar pilihan majoriti antara yang membuatkan beliau menjadi antara presiden yang menerima kecaman terbanyak daripada orang ramai.

Dalam pada itu ramai yang mula hairan mengapa Twitter masih lagi membiarkan akaun Donald Trump dikekalkan aktif tanpa dibuang meskipun melanggar undang-undang Twitter.Permasalahan ini turut menarik perhatian Twitter untuk memberi komen mengenai isu yang berlaku.

Berdasarkan respon yang dikeluarkan, Twitter berpendapat membuang akaun Donald Trump sekaligus menghalang untuk orang ramai untuk mengetahui apakah perkembangan terbaru presiden yang menjadi tumpuan ramai ini.

lead_960

Disebalik alasan yang diberikan Twitter, orang ramai berpendapat kehadiran Donald Trump di laman sosial Twitter sekaligus memberi publisiti buat Twitter. Membuang individu ‘berpengaruh’ seperti Donald Trump sekaligus bakal mengurangkan kontroversi yang menarik perhatian ramai di laman sosial tersebut.

Sumber