Ketua Pegawai Teknologi Twitter, Paraq Agrawal baru-baru ini telah menasihatkan pengguna-pengguna Twitter untuk mengubah kata laluan akibat penularan sejenis virus yang boleh mengakibatkan pendedahan data 300 juta pengguna laman sosial itu. Walaubagaimanapun, pihak Twitter hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa kes ini masih dalam siasatan dan mereka masih belum boleh memastikan perkara ini akibat aktiviti penggodam.

Bug tersebut dikesan berlaku beberapa minggu lalu selepas didakwa kata laluan terpapar dalam bentuk teks dan bukannya dalam bentuk ‘hashing’. Pihak Twitter sedang berusaha memulihkan keadaan tersebut dan memberi jaminan tiada salah guna atau data dicuri oleh orang dalam. Setakat ini jumlah sebenar kata laluan yang terjejas belum diketahui.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak Twitter menasihatkan pengguna untuk menukar kata laluan di semua platform yang menggunakan kata laluan yang sama. Pengguna juga dinasihatkan untuk mengaktifkan “two-factor authentication service” untuk menggelakkan aktiviti godam.

Sumber