Twitter pada hari ini telah melancarkan sebuah lagi fungsi terbaru pada platformnya iaitu Twitter #GoLive. Sama seperti Facebook Live, fungsi broadcast secara live ini membolehkan pengguna merakam video secara terus.

Fungsi live yang diumumkan Twitter ini bakal dikuasakan oleh aplikasi Periscope. Sebuah aplikasi yang memfokuskan kepada broadcast live. Walaubagaimanapun, khas buat pengguna Twitter, anda tidak perlu lagi download aplikasi Periscope untuk menggunakan fungsi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini segala pertanyaan tentang hasrat Twitter untuk mendapatkan Periscope sebelum ini telah terjawab. Dalam pada itu, aplikasi Periscope masih diteruskan seperti biasa khas buat mereka yang mahu live tanpa melibatkan platform Twitter.

Buat anda yang berminat untuk mencuba fungsi terbaru ini caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu tekan butang tweet dan tekan pada butang ‘LIVE’. Voila!

Anda boleh terus merakam video anda sendiri dengan mudah. Sepanjang anda membuat live, pengguna lain turut dibolehkan memberi komen dan like sama seperti Facebook Live.

Melihatkan kepada trend syarikat teknologi pada tahun ini, syarikat-syarikat besar seperti Facebook, Twitter dan Google nampaknya semakin aktif untuk menguasai syarikat-syarikat kecil untuk menjadi rakan kongsi terbaru mereka. Adakah Pinterest pula yang bakal sasaran seterusnya?

https://twitter.com/twitter/status/809035848138178562

Sumber