Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat pelbagai syarikat serta badan kerajaan semakin aktif dalam mengeluarkan infografik dalam usaha untuk berkongsi info kepada orang ramai.Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nampaknya antara yang tidak melepaskan peluang untuk berkongsi infografik.

Melalui perkongsian terbaru, KWSP telah membuat perbandingan beza baki simpanan selepas 30 tahun sekiranya seseorang individu mengeluarkan RM500 setiap bulan yang merujuk kepada i-Lestari dengan individu yang tidak mengeluarkannya. Infografik yang dikongsikan adalah seperti di bawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EgT0P9RVoAABF70

EgUJ-5ZUYAA4AX0

Meskipun sekadar pemberitahuan kepada orang ramai, tweet daripada KWSP ini didakwa tidak sensitif dengan keadaan orang ramai ketika ini yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda.

Selain itu, menurut para netizen, pengeluaran i-Lestari buat para pencarum sudah pastinya digunakan untuk keperluan untuk melangsungkan kehidupan dan bukannya untuk dibelanjakan pada perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.

Tidak kurang juga yang berpendapat, mendapatkan semula RM19,461 dalam tempoh 30 tahun akan datang mungkin bukanlah prioriti sekiranya ketika ini memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Berikut merupakan antara respon netizen mengenai tweet daripada KWSP ini.

Berdasarkan lambakan komen berbaur negatif dan kecaman yang diterima, Twitter KWSP telah memilih untuk membuang tweet tersebut beberapa jam selepas dimuat naik.

Untuk pengetahuan, KWSP i-Lestari telah diumumkan pada Mac lalu sempena pandemik COVID-19 yang melanda dimana para pencarum berpeluang mengeluarkan wang sebanyak RM500 sebulan khususnya buat mereka yang terkesan.

Sebelum ini tular isu netizen yang menegur Tengku Puteri Jihan kerana tidak memakai pelitup muka. Turut dikongsikan, sikap selfish geng basikal yang menyusahkan penduduk Gombak.

Ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka, Tengku Puteri Jihan Jawab Dakwaan Netizen Di Twitter

Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak