Twitter telah melantik hacker atau penggodam sebagai ketua keselamatan barunya selepas 130 profil dilaporkan menjadi mangsa kepada serangan siber pada bulan Julai tahun ini.

The Guardian melaporkan, syarikat media sosial yang bertapak di Amerika Syarikat terbabit telah melantik Peiter Zatko atau lebih dikenali sebagai Mudge untuk melindungi platform mereka dari sebarang ancaman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun telah mengumumkan berita tersebut di laman Twitter peribadinya, “Nampaknya kucing sudah keluar dari beg,” tulis Mudge setelah berita mengenai pelantikannya mula tersebar.

“Saya sangat gembira dapat bergabung dengan pasukan eksekutif di Twitter! Saya benar-benar percaya pada misi (secara adil) melayani perbualan awam. Saya akan buat yang terbaik!”

Siapakah Mudge?

Mudge mula mencipta nama pada tahun 1990-an sebagai anggota kumpulan penggodam terkenal semasa itu, Cult of the Dead Cow dan L0pht Heavy Industries.

Mereka adalah kumpulan yang bertanggungjawab mencipta dan menyebarkan alat yang digunakan untuk menggodam seperti Back Orifice, yang digunakan untuk menggodam mesin, dan L0phtCrack, alat untuk memecahkan kata laluan.

Selain itu, kumpulan ini juga adalah antara pencetus kepada budaya unik komuniti penggodam, menyebarkan muzik dan zine, mengadakan konvensyen, dan terlibat dalam pranks dan aktivi dalam talian.

Tetapi pada akhir tahun 90-an, peranan utama Mudge mula berkembang dalam masyarakat apabila dia mula dipanggil untuk menyebarkan maklumat mengenai internet di hadapan pemimpin politik.

Dia dan kumpulannya, L0pht pernah dipanggil pada tahun 1998 untuk memberi keterangan di hadapan Kongres AS mengenai standard keselamatan maklumat yang dilaporkan buruk pada masa itu. Dengan menggambarkan mereka sebagai “thinktank hacker”, kumpulan itu memberitahu Kongres AS bahawa mereka boleh menutup internet dalam masa 30 minit.

Dua tahun kemudian, setelah serangan siber melanda beberapa platform seperti CNN, eBay, Yahoo dan Amazon. Mudge telah dipanggil untuk bekerja di bawah Presiden AS, Bill Clinton dan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan internet.

Sebagai ketua keselamatan baru Twitter, ada tugas berat yang menanti Mudge. Kegagalan syarikat itu pada Julai lalu dalam memastikan keselamatan pengguna terjaga selepas beberapa siri serangan terhadap akaun pengguna yang berpengaruh seperti Kim Kardashian West, Barack Obama dan Elon Musk.

Selain itu, Mudge juga bertanggungjawab dalam melindungi keselamatan fizikal di pejabat dan perlu memerangi maklumat palsu yang sering berlegar di laman Twitter, katanya kepada Reuters.

Terdahulu, penggodam dilaporkan mahu memadan akaun rasmi Mark Zuckerberg menerusi Facebook Live. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Hacker’ Mahu Padam Akaun Rasmi Mark Zuckerberg Menerusi Facebook Live

‘Hackers’ Jual 267 Juta Data Pengguna Facebook Dengan Harga RM2,000

Pengguna CIMB Terdedah Serangan Hackers, Dinasihatkan Untuk Tukar Kata Laluan