Sudah bertahun lamanya Twitter menjadi salah satu saluran perhubungan terutamanya buat golongan anak muda. Kewujudan tanda ‘Like’ dan ‘retweet’ sering digunakan untuk membuat perbandingan, perbincangan atau untuk menularkan sesuatu kenyataan atau topik.

Namun menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey minggu lepas beliau bukanlah penggemar butang ‘like’ dan berkira-kira untuk membuang tanda tersebut. Kenyataan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada pengguna Twitter kerana menurut mereka tanda tersebut bukan sahaja digunakan untuk menunjukkan persetujuan terhadap sesuatu perkara bahkan juga menunjukkan solidariti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun begitu sehingga kini belum ada pengumuman mengenai kata putus penghapusan tanda ‘like’. Pihak Twitter hanya mengeluarkan tweet yang mmeberitahu setakat ini belum ada perancangan khas untuk perkara tersebut tetapi perbincangan perkara tersebut masih beradda pada peringkat awal.

https://twitter.com/TwitterComms/status/1056913093471670273