Salah satu kelemahan platform Twitter yang dibangkitkan oleh pengguna sejak sekian lama adalah jumlah aksara untuk membuat ciapan yang terhad. Jadi, pengguna terpaksa membuat satu tweet berangkai hanya kerana mahu meluahkan atau berkongsi pendapat bersama pengguna lain.

Bermula hari ini, pelanggan Twitter Blue di Amerika Syarikat secara khususnya boleh menghantar ciapan dengan had 4,000 aksara. Dengan ini, pengguna tegar atau influencer lebih mudah membuat penulisan yang lebih komprehensif dan padat menerusi satu ciapan sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Secara asasnya, paparan ciapan akan dihadkan ke 280 aksara sahaja yang mana akan terdapat butang more untuk membaca keseluruhan teks yang ditulis. Elon Musk dilihat mahu menambah baik pengalaman penggunaan menerusi platformnya sekaligus bakal menarik pengguna baharu pula.

Ditambah pula sokongan video dan juga podcast turut menjadikan platform Twitter sebagai satu pusat hentian yang lengkap untuk para pengguna berinteraksi antara satu sama lain. Penambah baikan ini dilihat bakal menjadi saingan sengit kepada sejumlah platform media sosial di luar sana.

Sumber