Twitter baru sahaja mengubah terma perkhidmatan (TOS) laman mereka dalam mengukuhkan kedudukan berbanding pesaing lain. Terdapat beberapa perubahan yang diperkenalkan  sebelum meniti tahun hadapan.

Antara perubahan besar pada kali ini adalah berkaitan perkongsian pautan ke laman media sosial pesaing. Selepas ini, pengguna tidak dibenarkan untuk memuat naik pautan ke laman media sosial pesaing seperti Facebook, Instagram, Truth Social, Mastodon, Tribel, Post dan Nostr.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/TwitterSupport/status/1604531265419591681?s=20&t=LzjIIbHVzYUlqiN4VW5HHw

Malah, pautan seperti linktr.ee dan Lnk.Bio turut dibenarkan selaras dengan perubahan TOS. Akaun yang menghantar ciapan pautan ke akaun media sosial lain dalam bentuk URL atau nama akaun seperti “Sila ikuti akaun Instagram kami di  The Vocket” akan diberi amaran untuk memadam ciapan tersebut.

Lebih teruk lagi, pengguna akan dikenakan tindakan jika pautan diletakkan pada bio peribadi. Sekiranya kesalahan berulang beberapa kali, akaun akan digantung selama-lamanya.

Sumber Gambar: Twittet

Perubahan TOS ini secara khususnya dilihat sangat tidak masuk akal kerana sudah menjadi kebiasaan buat para pengguna untuk mempunyai akaun laman media sosial yang lain. Kini pautan ke gambar atau perkongsian status dari media sosial pesaing akan membuatkan akaun pengguna digantung.

Ironinya, Elon Musk yang sering memperjuangkan hak kebebasan bersuara kini berbuat tindakan sedemikian pula. Pihak Twitter juga mengatakan mereka tidak mahu lagi mempromosikan media sosial pesaing lain secara percuma menerusi platformnya.

Sumber