Pada 2 Oktober lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersama isterinya, Melania Trump disahkan positif COVID-19. Pengumuman tersebut telah dibuat melalui laman Twitter rasmi Donald Trump.

Sejurus selepas pengumuman dibuat, dapat dilihat orang ramai meluahkan kegusaran terhadap keadaan kesihatan Donald Trump yang meruapakan pesakit berisiko tinggi memandangkan usianya sudah mencecah 74 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan beliau telah dijangkati wabak ini sewaktu sedang berkempen menentang Joe Biden dalam usaha untuk mengekalkan posisinya sebagai presiden Amerika Syarikat.

10 hari berlalu, Donald Trump sekali lagi tampil di Twitter dengan ciapan yang memaklumkan beliau sudah bebas daripada COVID-19. Beliau juga memaklumkan beliau sudah imun daripada wabak merbahaya ini.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat Donald Trump, platform Twitter dengan pantas telah menghalang tweet Donald Trump daripada dikongsikan ramai. Bukan itu sahaja, pihak Twitter turut memaklumkan tweet yang dibuat Donald Trump mengandungi maklumat yang salah dan membahayakan ramai.

Screen Shot 2020-10-12 at 1.53.08 PM

Meskipun tindakan yang dijalankan Twitter disambut baik oleh para netizen, masih terdapat individu yang berpendapat Donald Trump berhak berkongsi apa sahaja di platform tersebut tanpa halangan kerana tweet tersebut mewakili pendapat beliau sendiri.

Ketahui lebih lanjut mengenai pengumuman Donald Trump yang disahkan positif COVID-19 serta sedia menjalani kuarantin pada 2 Oktober lalu.

Disahkan Positif COVID-19, Donald Trump Bersama Isteri Sedia Jalani Kuarantin

‘Adakah Anda Menyesal Berbohong?’ – Lihat Reaksi Donald Trump Ketika Ditanya Soalan Ini