Memang benarlah U Mobile ni suka buat hal. Tahun lalu sudah diberinya Video-Onz untuk anda layan video secara streaming di YouTube, Twitter, Facebook, Netflix dan banyak lagi secara PERCUMA. Kali ini U Mobile buat hal lagi dengan beri anda Music-Onz PERCUMA dan tambahan data 3X ganda! Terkejut telco-telco lain dengan pengumuman ini.

Sabar, kami tahu anda excited dengan pengumuman U Mobile ini. Jom kita bongkar satu per satu advantages U Mobile berbanding Telco yang lain. Ready? Go!

Sudahlah ada Video-Onz yang unlimited, kini Music-Onz pun unlimited juga! Sama seperti Video-Onz, anda kini boleh streaming lagu-lagu favourite anda secara PERCUMA tanpa kacau data internet mobile anda. Dan ianya unlimited dengan 20 music partners yang anda boleh pilih. POWER! U Mobile tahu anda semua perlukan hidup untuk ceriakan hari anda. Jadi sekarang anda boleh stream jer di mana-mana. Tak perlu takut-takut sebab tak akan kacau mobile data anda pun kalau dengar muzik secara streaming ni.

Sekejap, ada lagi ni. Tahukan anda U Mobile kini tambah data mobile internet anda sebanyak 3X ganda? Ha, kalau anda tak tahu, ini kami beritahu! Sudahlah kasi Video-Onz dan Music-Onz, ada lagi tambahan high speed internet! Dengan UMI 30, data yang akan terima bukan lagi 2.5GB, tetapi kini 7.5GB! Ini betul-betul. Mana ada tipu!

Tak lupa juga perkara lain yang U Mobile belanja khas untuk anda yang dikasihi. Data untuk aplikasi Waze adalah PERCUMA tanpa had disamping anda boleh strim YouTube secara PERCUMA tanpa had bermula 2 pagi sehingga 10 pagi. Manalah tahu kan ada hari yang anda tak dapat tidur, anda boleh layan YouTube sampai ke pagi untuk hiburkan anda.

Sebelum terlupa, U Mobile tambah lagi data sebanyak 2.5GB untuk Video-Onz dan anda akan dapat panggilan 30 minit percuma setiap bulan. Wow, dengar tawaran U Mobile ni rasa macam nak menari!

Promosi 3X data berkelajuan tinggi ni baru sahaja bermula dan akan tamat pada 15 Februari depan. Jadi kalau anda pengguna U Mobile, anda terus dapat tambahan data ini dan jika anda baru mahu berhijrah ke U Mobile, selamat datang!

Apa yang anda perlu buat hanyalah ke outlet U Mobile dan buat penukaran telco di sana. Staf U Mobile yang friendly akan bantu anda di sana. U Mobile sayang U all semua. Untuk maklumat lebih, U boleh klik di sini. POWER-lah U Mobile!