Apple baru-baru ini telah mengumumkan smartphone terbaru mereka iaitu Apple iPhone 8 dan 8 Plus. Melalui model terbaru ini, Apple telah menyertakan processor A11 Bionic bagi memastikan iPhone 8 dan 8 Plus beroperasi dengan lancar.

Tidak sekadar hebat dari segi processor, Apple iPhone 8 dan 8 Plus juga turut diperkemas dengan sistem kamera yang lebih baik dan canggih. Sangat sesuai buat mereka yang sedang mencari smartphone terbaik untuk digunakan pada ketika ini.

Sumber: Cnet

Kata orang, smartphone yang canggih sahaja tidak cukup lengkap sekiranya internet yang menjadi halangan. Sama ada anda ingin merakam video definisi tinggi untuk dimuat naik ke Facebook atau selfie di Instagram semuanya pasti lebih mudah dengan data unlimited.

Memandangkan Apple iPhone 8 dan 8 Plus bakal mula ditawarkan buat pasaran Malaysia tidak lama lagi, beberapa telco telah mula menawarkan beberapa pelan yang menarik buat para pengguna.

Bagi memastikan anda mendapatkan pelan telco yang berbaloi serta sesuai dengan keperluan pengguna masa kini yang mementingkan kecekapan internet serta beberapa features lain, kami senaraikan kepada anda lima tips penting dalam memilih pelan terbaik buat sesebuah smartphone.

1. Penawaran harga pelan yang rendah

Iphone 8 U Mobile

Salah satu tip penting yang perlu anda pantau sebelum melanggan sesebuah pelan adalah harga langganan bulanan. Hal ini sangat penting kerana harga langganan bulanan bakal memain peranan penting sekiranya anda melanggan kontrak telco yang mencecah 24 bulan.

Sekiranya terdapat telco yang menawarkan harga langganan bulanan yang rendah serta sesuai dengan cara penggunaan anda, mungkin telco tersebut yang patut anda jadikan pilihan utama.

2. Layari media sosial secara unlimited

iphone-8-plus-main2

Tidak dinafikan, kehadiran media sosial sedikit sebanyak telah menghiasi hari-hari kita semua. Aplikasi seperti Facebook, Instagram dan Twitter antara yang pilihan majoriti pengguna di Malaysia.

Memandangkan ketiga-tiga aplikasi ini berjaya menjadi fan favourite rakyat Malaysia, adalah lebih baik sekiranya anda dapatkan telco yang menawarkan fungsi akses tanpa had. Melalui cara ini, anda bepeluang mengakses media sosial pilihan anda sepuas-puasnya tanpa perlu risau tentang kouta internet.

3. Caj panggilan tanpa had

giphy (1)

Disebalik penyediaan aplikasi permesejan yang banyak ketika ini, fungsi panggilan masih lagi menjadi medium utama buat sesetengah individu.

Sekiranya, anda ingin melanggan sesebuah telco, fungsi seperti caj panggilan tanpa had mungkin antara fungsi yang perlu anda beri perhatian penting. Sedikit sebanyak ianya dapat menjimatkan bil pascabayar anda.

4. Akses video dan muzik secara unlimited

Screen Shot 2017-10-15 at 8.57.41 PM

Adakah anda seorang yang gemar menonton video di YouTube dan layan siri TV di Netflix atau sering mendengar muzik melalui aplikasi penstriman muzik? Jika ya, pastikan anda mendapatkan pelan yang sesuai yang menawarkan akses penstriman muzik dan video tanpa mengganggu data internet anda.

Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan data anda malah mengakses ke video penstriman pilihan anda tidak akan menggangu kouta internet sedia ada anda. Cool bukan?

5. Kos pemilikan yang rendah

Sumber: Cnet

Sesuatu yang sering pengguna terlepas pandang apabila mendapatkan smartphone melalui pelan telco adalah harga kos pemilikan. Apa yang dimaksudkan harga kos pemilikan adalah jumlah harga smartphone serta harga langganan selama 24 bulanan.

Jangan terkejut jika kami katakan melalui pilihan telco yang tepat, anda sebenarnya berpeluang untuk berjimat sehingga RM700. Jauh berbeza bukan?

Cukup sampai disini sahaja tips daripada kami pada kali ini. Kali ini kami akan berkongsi kepada perbandingan empat telco yang menawarkan pelan Apple iPhone 8 64 GB dimana masing-masing ditawarkan dengan kontrak 24 bulan.

Screen_Shot_2017-10-20_at_2_33_19_PM

Berdasarkan tips yang telah kami senaraikan diatas, jelas U Mobile berjaya memenuhi kriteria dan menawarkan manfaat terbaik buat pengguna. Pengguna bukan sahaja berpeluang untuk mengakses ke media sosial tanpa had, malah fungsi Video-Onz juga turut ditawarkan dalam satu harga.

Dari segi harga langganan, jelas U Mobile adalah juara dengan cas langganan terendah berbanding keempat-empat telco. Tidak hanya terhad kepada beberapa aplikasi penstriman muzik, U Mobile turut menawarkan sejumlah besar pilihan melalui fungsi Music-Onz. Berikut merupakan antara aplikasi yang pengguna berpeluang untuk akses tanpa sebarang cas potongan kouta internet.

Screen Shot 2017-10-15 at 8.59.40 PM

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut melalui tawaran daripada U Mobile? Klik sahaja di sini untuk ke laman rasmi U Mobile bagi mendapatkan info penuh model Apple iPhone pilihan anda. Tempahan buat Apple iPhone 8 dan 8 Plus kini telah dibuka dan kini anda berpeluang untuk menjadi yang terawal mendapatkan model terbaru daripada Apple ini.