U Mobile sememangnya terkenal dengan telco berdasarkan penawaran harga pelan yang rendah serta mampu milik. Pada hari ini, syarikat telco ini telah memperkenalkan pelan pascabar dan juga prabayar yang bakal menjadi pilihan golongan muda iaitu ‘Giler Unlimited’.

Melalui pelan ini para pengguna berpeluang mendapatkan pelan GX30 serendah RM30 dengan penawaran internet secara unlimited. Selain itu, pengguna berpeluang mendapatkan pelan GX50 yang ditawarkan pada harga RM50.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Giler Unlimited 6

U Mobile juga dikatakan tidak mahu membatas waktu pengguna menggunakan internet dimana tidak meletakkan kouta hari atau minggu pada penggunaan internet. Oleh yang demikian para pengguna berpeluang mengakses internet secara unlimited pada harga yang mampu milik.

Untuk pengetahuan anda, pelan GX30 merupakan pelan prabayar manakala GX50 merupakan pelan pascabayar. Apa yang membezakannya adalah penawaran kouta data hotspot dimana GX30 menawarkan 3 GB manakala GX50 ditawarkan pada kadar 5 GB. Berikut merupakan perbandingan diantara pelan terbaru U Mobile bersama telco-telco yang lain.

U mobile comparison table 03-02 (1)

U mobile comparison table 04-01

Apa pendapat anda dengan pelan terbaru? Adakah berbaloi untuk dimiliki atau sebaliknya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.