Peperangan untuk menawarkan servis penstriman muzik terbaik mungkin merupakan antara peperangan terbaru antara telco selain daripada penawaran data internet dengan harga berbaloi.

screen-shot-2016-11-25-at-7-59-12-pm

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika sebelum ini U Mobile sudah menawarkan Video Onz dimana syarikat telco ini menawarkan data tambahan kepada para pengguna untuk menonton video, kini syarikat ini hadir dengan servis servis terbaru dimana mereka bakal menawarkan data percuma untuk penstriman muzik dengan Music Onz.

Menariknya mengenai Music Onz adalah servis ini tidak terhad kepada 1 ‘music streaming app’ sahaja malah sebanyak 12 penstriman muzik disediakan termasuk Spotify, Joox dan Tidal. Seperti Video Onz, hanya pengecualian data ditawarkan buat pengguna U Mobile akan tetapi servis premium daripada aplikasi music streaming tidak akan ditanggung.

screen-shot-2016-11-25-at-7-59-37-pm

Pihak U Mobile juga mengesahkan promosi Music Onz hadir dalam masa terhad sahaja setakat ini dan bakal berkongsi dengan lebih lanjut di masa akan datang.

Sumber