Seringkali kita melihat promosi telco melibatkan pelan pascabayar dan prabayar. Bersempena dengan peningkatan individu yang menggunakan dua smartphone, U-Mobile telah menawarkan pelan promosi terbaru untuk mengurangkan kos pascabayar anda. Pelan ini juga dikhususkan buat keluarga yang ingin berjimat bersama U-Mobile.

Melalui pelan terbaru ini U-Mobile telah menawarkan promosi sehingga 50% buat pelan pascabayar kedua dimana anda berpeluang mendapatkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan internet tanpa had dengan harga serendah RM24 sebulan.

Promosi ini turut ditawarkan buat pelanggan U-Mobile sedia ada yang melanggan pelan P70, P78, P79, P98 P99, i90, i130, UD90 dan juga UD130.

Berikut merupakan penjimatan yang bakal anda dapat melalui pelan HERO + HERO.

Screen Shot 2018-04-16 at 3.00.30 PM

samsung-galaxy-s9-plus-all-four-colors-4

Buat anda yang melanggan pelan promosi HERO + HERO, anda turut berpeluang mendapatkan sepasang Samsung Galaxy S9+ 256GB. Menariknya, U-Mobile akan memilih pemenang baru dua kali seminggu. Menarik bukan?

Tawaran promosi HERO + HERO ini telah bermula pada hari ini sehingga 31 Julai 2018. Untuk sebarang makluman lanjut mengenai pelan promosi terbaru ini anda boleh layari laman web U-Mobile.