Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bagi menyekat penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih belum mempunyai penawar lagi, pihak kerajaan telah menggunakan pelbagai kaedah bagi mempergiatkan program vaksinasi negara untuk mencapai matlamat imuniti kelompok menjelang Oktober nanti.

Terbaharu, tular satu hantaran menunjukkan sebuah bas telah digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Muar, Johor. Bas berwarna putih tersebut yang telah diubah suai pada bahagian dalamannya dan memuatkan beberapa para petugas untuk bergerak ke sesuatu lokasi untuk program vaksinasi penduduk setempat.

PUSAT VAKSIN BERGERAK DAERAH MUAR9HB JUN 2021, RABUSekitar hari pertama proses pemberian vaksin di COVID-19 Mobile…

Posted by Pejabat Daerah Muar on Wednesday, June 9, 2021

Menurut laman Facebook Pejabat Daerah Muar, PPV Bergerak ini merupakan hasil inisiatif inovatif oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muar dengan kerjasama erat dari Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan disokong oleh Syarikat Bas Ekspress Mayang Sari.

Seramai 200 orang di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam telah menerima vaksin pada 9 Jun lalu dan akan diteruskan sehingga hari Ahad sebelum bersambung di Kompleks Mukim Sungai Balang.

Orang ramai memuji setiap pihak terlibat dalam menjayakan inisiatif ini dan berharap agar lebih banyak PPV Bergerak akan dilaksanakan di seluruh Malaysia bagi memudahkan penduduk di kawasan luar bandar mendapatkan vaksin. Sekaligus dapat mempercepatkan lagi imuniti kelompok negara.

vocket-bas-jadi-ppv-bergerak-muar-johor-5

Sumber Gambar: Facebook Public Health Malaysia

vocket-bas-jadi-ppv-bergerak-muar-johor-6

Sumber Gambar: Facebook Public Health Malaysia

vocket-bas-jadi-ppv-bergerak-muar-johor-7

Sumber Gambar: Facebook Public Health Malaysia

Inisiatif ini dilihat bukan sahaja dapat memudahkan penduduk luar bandar bagi mendapatkan vaksin, bahkan sekaligus dapat membantu pengusaha-pengusaha bas ekspress meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

Pada awal bulan ini, beberapa buah PPV pandu lalu sudah sedia beroperasi kepada orang awam. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Mahu Mempercepatkan ‘Imuniti Kelompok’ Negara, Operasi PPV Pandu Lalu Sedia Diperluaskan

Pengumuman Seperti Dalam Penerbangan, Sukarelawan Pusat Vaksin Di Shah Alam Curi Tumpuan Ramai

Anda Mungkin Suka