Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penggunaan nombor plat pendaftaran yang telah diubahsuai atau fancy di kenderaan bukanlah perkara asing dalam kalangan pengguna jalan raya di negara kita.

Boleh dikatakan hampir setiap masa kita akan terserempak dengan kenderaan-kenderaan yang mengubahsuai susunan untuk menjadikan nombor plat mereka ini tampak lebih menarik.

Bagaimanapun, berbeza dengan kenderaan yang hanya mengubah susunan atau menggunakan paparan yang fancy sahaja dua remaja di Temerloh ini mengubah nombor pendaftaran mereka secara terus kepada ‘BUAYA’.

135229833_1785591131618589_4699154227619380759_n

Plat pendaftaran yang diubah menjadi ‘BUAYA’

Tindakan mereka menukar nombor plat pendaftaran itu bagaimanapun berakhir selepas kedua-dua remaja berkenaan ditahan polis dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Temerloh kelmarin.

“Remaja itu mengubah plat pendaftaran menjadi ‘BUAYA’ dengan menampal pelekat pada plat pendaftaran asal.

“Operasi dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Temerloh bermula jam 10 pagi hingga 6 petang semalam,” kata Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman seperti dipetik.

Menurut Berita Harian, kedua-dua remaja berkenaan ditahan bersama motosikal tersebut mengikut Seksyen 108 (3)(E) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 108 (3) (F) APJ 1987.

Baca juga perkembangan semasa yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Kesian Dan Lucu, Netizen Kagum Lihat Usaha Pemuda Ini Hasilkan ‘Home Office’ Dalam Banjir

Sempat Masak Maggi Dalam Lori Ketika Banjir, Aksi Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Demi Gambar OOTD, Pengunjung Sanggup Rosakkan Bunga LED Di Perlis

Anda Mungkin Suka