Dulunya dikenali sebagai startup contoh, kini syarikat ini sering dilanda kontroversi dan saat yang sukar. Pada minggu ini, sebuah lagi berita tersebar apabila Uber dikatakan terpaksa membayar penggodam sebanyak $100,000 untuk memadamkan data pengguna Uber sejak pada tahun lepas.

Berdasarkan laporan daripada Uber, kerja yang dilakukan penggodam ini bermula sejak setahun yang lalu dimana sehingga kini hasil godam yang direkodkan adalah sebanyak 57 juta. Lebih parah, data yang dikutip bukan sahaja daripada para penumpang malah turut melibatkan para pemandu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Reuters
Sumber: Reuters

Antara rekod yang berjaya dikutip penggodam adalah nombor plet kereta, alamat emel dan nombor telefon. Walaubagaimanapun, agak merisaukan sekiranya para penggodam ini berjaya memperoleh data melibatkan kad kredit pengguna.

Dengan pembayaran sebanyaran sebanyak $100,000 Uber berharap dua penggodam ini dapat memadamkan data pengguna yang telah digodam sejak 13 bulan yang lalu.

Sumber: Bloomberg
Sumber: Bloomberg

Berdasarkan insiden yang berlaku melibatkan 57 juta pengguna, pengguna di Amerika Syarikat terutamanya berpihak untuk beralih kepada Lyft, sebuah lagi syarikat yang menjalankan bisnes seumpama Uber.

Sumber