Syarikat teksi online, Uber memilih Thailand sebagai negara pertama untuk melancarkan servis terbaru mereka yang dikenali sebagai UberMOTO. Walaupun masih lagi dalam peringkat pilot test, ia bakal menjadi pesaing kepada perkhidmatan teksi motosikal yang sedia ada di negara itu.

uber

Teksi motosikal menjadi pilihan ramai kerana ianya menjimatkan masa pengguna sekiranya pengguna tidak mahu menempuh kesesakan trafik atau ingin cepat ke sesuatu destinasi atau temu janji.

Uber dalam satu kenyataan berkata pemandu UberMOTO telah melalui pemeriksaan polis berkenaan latar belakang mereka. Penumpang juga diwajibkan memakai topi keledar sekiranya menaiki UberMOTO. Keselamatan pengguna amat dititikberatkan oleh Uber.

Tambang akan bermula dari 10 TBaht (RM1.18 sen) dan akan naik 3.5 TBaht (RM0.41) bagi setiap kilometer di mana anda boleh membayarnya secara tunai atau kad kredit. Adakah Uber dapat bersaing dengan perkhidmatan teksi motosikal yang sedia ada?

Jika anda akan ke Thailand dalam masa terdekat, Uber ada memberi perkhidmatan percuma untuk pengguna yang pertama kali menggunakan servis ini. Untuk melihat bagaimana caranya, boleh tekan di sini.