Berita tentang dana melibatkan berbilion USD daripada Arab Saudi mungkin tidak terlalu asing bagi kita sebagai Rakyat Malaysia. Terbaru, Syarikat perkhidmatan Uber baru sahaja menerima dana yang melibatkan $3.5 Billion USD daripada negara yang sama.

Penerimaan dana ini boleh dikatakan syarikat ini kini berada di dalam keadaan yang selesa malah dijangka mampu meluaskan lagi perkhidmatan yang sedia anda. Laporan daripada Engadget mengatakan dana $3.5 Billion USD yang diterima Uber adalah pelaburan terbesar yang pernah diterima daripada sebuah syarikat umum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasrat Arab Saudi untuk melabur kepada Syarikat yang menjalan perkhidmatan kenderaan ini adalah bagi mengurangkan bilangan kenderaan yang berada di dalam negara tersebut. Selain itu, Arab Saudi berharap dengan pelaburan ini berjaya membuatkan kebergantungan pengguna kepada hasil minyak melalui visi 2030 mereka.

472447214

Sebuah lagi fakta yang menarik tentang negara ini adalah 80% daripada pengguna Uber adalah kaum wanita. Tidak mengejutkan memandangkan wanita tidak dibenarkan untuk memandu mengikut undang-undang negara Arab Saudi.

Pihak Uber masih belum merancang atau mempunyai pelan yang spesifik tentang bagaimana syarikat mereka mahu mengembangkan bisnes sedia ada melalui dana yang diterima. Walaubagaimanapun, dana sebesar $3.5 Bilion ini bakal merubah Uber sedikit sebanyak.