Tahun yang penuh dengan cabaran buat Uber. Syarikat ini gagal untuk menguasai pasaran China, Travis Kalanick selaku bekas CEO meletak jawatan dan Uber diharamkan beroperasi di London buat sementara waktu. Jauh berbeza dengan sekitar 2-3 tahun lalu dimana Uber merupakan role model bagi kebanyakan syarikat startup.

Disebalik kemelutan yang melanda, Uber ternyata masih berjaya untuk menarik perhatian pelabur dan pelaburan terbaru yang hadir pada kali ini ini dikatakan paling penting untuk menyelamatkan syarikat ini daripada terus karam di beberapa buah negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: CNBC

Berdasarkan laporan daripada San Francisco Chronicle, Softbank selaku syarikat telekomunikasi dan internet Jepun dikatakan berminat untuk melabur sebanyak $10 bilion buat Uber. Melalui pecahan pelaburan yang disebutkan, Softbank berpihak untuk menyalurkan $1 bilion untuk perkembangan syarikat manakala $9 bilion lagi bakal digunakan untuk membeli saham.

Penerimaan dana yang besar daripada Softbank bakal membolehkan Uber untuk menguasai perang harga bersama pesaing mereka di Amerika Syarikat iaitu Lyft. Dari perspektif Softbank, pelaburan kepada Uber merupakan langkah awal syarikat yang berasaskan teknologi ini sebelum beralih kepada syarikat-syarikat lain.

Melihat kepada valuasi Uber ketika ini pada kadar sekitar $69 bilion, Softbank mungkin masih belum cukup layak untuk menjadi pemegang saham terbesar namun kehadiran Softbank ini sedikit sebanyak bakal menyelamatkan syarikat ini sekaligus meyakinkan pelabur lain.

Uber Softbank
CEO Uber, Dara Khosrowshahi

Pelaburan yang dibuat ini juga sekaligus bakal menjadi penyelamat buat Uber di Asia setelah CEO Uber, Dara Khosrowshahi berpendapat Uber gagal mengaut keuntungan di Asia Tenggara berikutan persaingan yang sengit di beberapa buah negara.

Satu perkara yang merisaukan Uber setakat ini adalah keputusan Softbank untuk melabur di syarikat mereka masih belum muktamad dan berkemungkinan Softbank memilih untuk melabur syarikat saingan mereka iaitu Lyft.