Uber dalam satu kenyataan sudah bersedia untuk mengeluarkan servis kereta self-driving dan bagaimana pengguna Uber boleh menggunakan produk ini akan diberitahu apabila ianya rasmi berada di jalanan nanti.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Uber akan menggunakan kereta model Volvo XC90s untuk batch pertama servis ini. Kereta ini akan dilengkapi dengan beberapa sensor, kamera, radar dan GPS receiver untuk membolehkannya beroperasi tanpa pemandu.

Dianggarkan 100 unit akan memulakan operasi di Pittsburgh, Amerika Syarikat sebagai ujian. Jika ianya berjaya, bilangan unit mungkin akan ditambah di serata Amerika Syarikat. Ujian ini dikatakan akan bermula paling awal akhir bulan ini.

Volvo membuat pelaburan sebanyak USD300 juta dalam perjanjian dengan Uber untuk servis ini. Walaubagaimanapun, undang-undang di sana memerlukan manusia untuk menjadi supervisor ketika memandu kereta berkenaan tetapi jika ianya berjalan lancar, servis ini akan beroperasi 100 peratus tanpa sebarang pantauan di bahagian pemandu.

Jika servis ini tiba di Malaysia di masa depan, adakah anda akan menggunakannya? Bagi saya, saya lebih percayakan manusia untuk bawa saya ke destinasi yang dituju berbanding percaya sepenuhnya kepada teknologi.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group