Bisnes tak selalunya indah. Begitu juga dengan Syarikat Uber yang sudah dikenali ramai. Menerima pelbagai dana dan investor daripada pelbagai pihak bukannya lesen buat Uber untuk terus untung sebaliknya terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Berdasarkan laporan daripada Bloomberg, Uber dilaporkan terpaksa menanggung rugi sebanyak $1.27 Billion USD setakat pertengahan tahun 2016 sahaja. Krisis yang berlaku di China melibatkan Didi Chuxing telah membuatkan Uber terpaksa akur dengan kuasa besar di China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
travis-e1416346466418
Travis Kalanick sebagai CEO Uber

Lain ceritanya di US apabila Uber terpaksa bersaing bersama Lyft yang telah memulakan perang harga untuk menarik hati pelanggan. Peningkatan jumlah kerugian ini telah membuatkan Uber kerugian hampir $4 Billion USD dalam jangka masa 7 tahun.

Memegang dengan kata-kata ‘sometimes you have to lose to win’, kami yakin Travis Kalanick mempunyai ‘ultimate plan’ buat Uber untuk mencatat keuntungan pada jangka masa yang panjang. Menyetuh soal lama atau baru sesebuah syarikat, tahukah anda Sony terpaksa menanggung rugi sebanyak 6 kali sepanjang 8 tahun terakhir dan baru sahaja kembali mencatat keuntungan pada tahun ini.

Sumber